|
SEJARAH PENUBUHAN
Â
Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar terletak 37 km dari Bandaraya Ipoh dan 47 km
dari Lumut. Siap dinina pada tahun 1991 dengan belanja RM17,318,000.00 di bawah
peruntukan ADB 3. Keluasan keseluruhan ialah 30 ekar. Sekolah ini asalnya dinamakan
Sekolah Menengah Vokasional Seri Iskandar dan dinaik taraf menjadi Sekolah Men.
Teknik pada tahun 1996.Pengetua pertama bagi sekolah ini ialah En Mahat b Dawi.
Â
Pengambilan pertama pelajar Tingkatan Empat berlaku pada tahun 1992 seramai
242 orang. Terdapat 7 kursus Aliran Vokasional ditawarkan ketika itu. Kursus-kursus
tersebut ialah Amalan Bengkel Mesin, Automotif, Penyejukan & Penyamanan Udara,
Kimpalan & Fabrikasi Logam, Elektrik, Elektronik dan Binaan Bangunan
Pada tahun 1995, sekolah ini telah bertukar menjadi SM Teknik Seri Iskandar dengan
pengambilan 240 orang pelajar aliran Teknikal. Pada tahun 1996 SMTSI mendapat lagi
dua blok bilik darjah dan dua blok asrama puteri.
Â
Mengikut perancangan, SMTSI mampu menampung seramai 900 pelajar bagi Aliran Teknik,
Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran.
Â
Pada tahun 2010 nama sekolah berubah semula kepada SM Vokasional Seri Iskandar
|