| Pengetua |
|
|
|
| Ditulis oleh webmaster |
| Ahad, 28 Mac 2010 09:24 |
|
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bersyukur kehadrat Ilahi dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa ICT yang telah bertungkus lumus dalam membangunkan laman web rasmi Sekolah Menengah Vokasional Seri Iskandar, di mana ia merupakan satu saluran perhubungan di antara warga sekolah dan di antara pihak sekolah dengan orang awam. Laman web rasmi ini merupakan saluran komunikasi yang penting dalam penyebaran maklumat daripada atau kepada pengguna tanpa had masa. Dengan ini, saya berharap semua pengguna akan dapat menggunakan saluran komunikasi ini dengan bijaksana. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen atau pandangan daripada pihak anda untuk memantapkan lagi laman web ini.
Wassalam. (MOHD FATHILAH BIN MOHD NOOR) |
| LAST_UPDATED2 |



