Falsafah Pendidikan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh webmaster   
Ahad, 28 Mac 2010 09:26

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH

Sesungguhnya setiap pelajar sekolah ini mempu yai bakat, kebolehan dan berpotensi untuk memperkembangkan intelek masing-masing. Oleh itu :

·         Setiap pelajar perlu diberi peuang seluas-luasnya unruk memperkembangkan kemahiran dan inteleknya.

·         Semua guru mempunyai keupayaan dan perlu berusaha bersungguh-sngguh untuk memberikan pendidikan yang sempurna dan seimbang serta berkualiti.

LAST_UPDATED2