| Kelab Guru & Kakitangan |
|
|
|
| Ditulis oleh webmaster |
| Sabtu, 27 Mac 2010 07:15 |
|
Kelab Guru & Kakitangan (KGKT) Pembukaan tirai 2010 membuka satu lembaran baru buat SMVSI, di samping mendapat nama baru.Lembaran baru juga menyaksikan pertukaran teraju bagi Kelab Guru dan Kakitangan SMVSI untuk tahun 2010. Di harap pertukaran ini akan dapat terus memacu KGKT SMVSI ke arah lebih cemerlang, gemilang dan terbilang dan dapat mengekalkan kecemerlangan malah lebih lagi daripada pengurusan yang lepas selaras dengan objektifnya sebagai pengerat hubungan di antara warga kerja SMVSI tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Dengan perancangan aktiviti dan program serta kerjasama antara semua warga sekolah, Insyaallah KGKT SMVSI akan dapat mengekalkan rentak cemerlang sepanjang tahun. Sebarang bentuk cadangan dan komen daripada warga SMVSI amat dialu-alukan untuk kebaikan kita bersama. Yuran: Demi untuk memastikan kelancaran setiap aktiviti yang telah dirancang oleh KGKT, kami dengan ini memohon kerjasama semua warga sekolah untuk membuat bayaran yuran tahunan kepada ahli KGKT yang telah dilantik untuk menerima bayaran dari warga SMVSI. Kadar yuran pada tahun ini adalah seperti berikut:
Yuran oleh pihak guru boleh di bayar kepada En. Mazlan bin Azain (Wakil Guru Bengkel), En. Sopian bin Mamat (Wakil Bilik Guru) dan En. Wizan bin Ismail (Wakil Kakitangan Sekolah).
Carta Organisasi KGKT
|
| LAST_UPDATED2 |



